Followers

Has Been Here Since

December 10, 2010

Totty Notty

;:liFe is so short...so...make the life more exciting to make u smile n happy always...having children make your life more wonderful n meaningful:;

Thursday, December 16, 2010

<..Jom Masak-masak..>


1) AYAM PANGGANG
Bahan-Bahan
  • Ayam yang belum dipotong
  • 7 biji bawang merah dikupas kulit
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 labu bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu besar lada hitam (dikisar)
  • 1 batang herba rosemary (dicincang)
  • 8 sudu besar sos barbeque 
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar mustard
  • 3 sudu besar madu
  • garam secukup rasa


Cara Penyediaan
  • Pastikan ayam dibersihkan dahulu
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170c
  • Campurkan semua bahan-bahan lain kedalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati
  • Sapukan bahan-bahan perap di luaran ayam dan dibawah lapisan kulit
  • Masukkan ayam kedalam ketuhar selama 15 minit. Selepas minit ke 15 keluarkan ayam dan sapukan bahan-bahan perapan keatas ayam sekali lagi, masukkan ayam ke dalam ketuhar selama 15 minit dan lakukan langkah tersebut sekali lagi.
  • Selepas 45minit keluarkan ayam dari ketuhar dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan
2) SALAD KENTANG
 Bahan-Bahan
  • 10 biji ubi kentang (dikupas kulit & direbus)
  • 1 biji bawang kuning (dicincang)
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 300gm daging cincang
  • 6 sudu besar mayonis
  • daun bawang (dicincang)
  • lada putih
  • garam


Cara Penyediaan
  • Rebuskan ubi kentang sehingga empuk dan buangkan air rebusan kemudian potong dadu.
  • Tumiskan bawang putih yang telah dicincang didalam kuali leper dengan menggunakan sedikit minyak
  • Selepas bau harum, masukkan daging cincang
  • Pastikan daging cincang digoreng sehingga garing
  • Campurkan daging cincang bersama kentang dan gaulkan sehingga rata
  • Campurkan mayonis, bawang, daun bawang, lada putih dan garam secukup rasa
  • Gaulkan sehingga rata dan sedia untuk dihidang!
3) STICKY DATE PUDDING (KEK KURMA)
Bahan-bahan
  • 250gm kurma yang telah dibuang biji
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 125gm mentega
  • 1 cawan gula perang halus
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/2 cawan air
   Sos Butterscotch
  • 3/4 cawan gula perang halus
  • 100gm mentega
  • 1 tin susu sejat
  • 1 sudu besar tepung jagung


Cara Penyediaan
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170c
  • Campurkan kurma bersama dengan air dan rebuskan dengan api sederhana.
  • Selepas mendidih, padamkan api dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan selama 15 minit dan kisarkan bahan rebusan tadi.
  • Pukulkan mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukulkan sehingga sebati. 
  • Masukkan tepung dan juga adunan kurma tadi ke dalam loyang yg lebih besar dan tuangkan air ke dalam loyan besar tersebut. Masukkan kedua-dua loyang kedalam ketuhar dan bakar selama 1 jam. 
  • Sambil menunggu kek siap dibakar, sediakan sos butterscotch.
  • Masukkan gula dan mentega kedalam kuali leper. Pastikan api sederhana, kacaukan sehingga gula cair
  • Masukkan susu sejat dan gaukkan sehingga tiada ketulan gula, apabila hampir mendidih perlahankan api dan masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan air. Gaulkan sehingga sos menjadi pekat.
  • Selepas kek siap dibakar, hidangkannya bersama krim putar dan sos butterscotch

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...