Followers

Has Been Here Since

December 10, 2010

Totty Notty

;:liFe is so short...so...make the life more exciting to make u smile n happy always...having children make your life more wonderful n meaningful:;

Tuesday, December 27, 2011

~~Dah 4 tahun dah...hehe::

Assalamualaikum....hye sume...pekaba???hope sihat sihat and ceria ceria selalu...tak moh masyam masyam...t cepat tuo....hehe....ok la by the way...entry kali ni nak cite sket pasal our anniversary.

Alhamdulillah...pejam celik pejam celik,dah 4 tahun aku n hubby hidup sebagai soulmate*hasben n wife*...ari ni merupakan hari bersejarah bagi aku n hubby sebab pada tarikh ni, kami berdua telah selamat diijabkabulkan *cewahhhh*hhehe. 

Pada 28 disember 2007 sekitar jam 5.30 petang di Surau Al-Jamiah, Jalan Bunga Raya...aku telah selamat menjadi isteri kepada sang suami yang bernama Mazlishah Bin Mazalan. Seorang suami yang sangat penyabar...melayan je karenah aku yang cam kebudak budakan ni...*hehe*, seorang yang sangat penyanyang *itu sudah mesti kan...hehe*, sangat bijak dalam membuat keputusan *even lambat decision yang die bagi sampai buat aku jd marah...hehe* sangat berfikiran jauh *tu yang jatuh hati ngan die tu...*tak pandai buat keje rumah*jgn mare ye bang...tp betulkan???kan??kan???hehe* sebab tu ade saye disisi abag utk tolong abag kan???hehe....

Semoga percintaan dan persefahaman kami berdua dan dengan adenya anak-anak *dalam plan nak tambah lagi...hihi* akan sampai syurga firdausi....Semoga kasih sayang yang kami bina akan kekal abadi hendak-Nya....amin

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau berkati la dan rahmatilah hubungan kami berdua, Mazlishah dan Zainon, Kau lindungi la hubungan kami daripada hasutan dan dengki khianat, kau murahkan la rezeki kami ya Allah, Sesungguhnya engkau la yang maha mengasihi sekeliannya...amin ya rabbal 'alamin"

ok la sampai sini dulu...doakan kami bahagia ye...terima kasih sume...tatatititutu...wasalam 

Friday, December 16, 2011

TIPS-TIPS ROMANTIK YANG PERLU DIAMALKAN OLEH SUAMI DAN ISTERI

Assalamualaikum....biarkan anak kecik tdo disebelah dengan lasaknya sementelaah mummy die ingin share something yg br dapt di mukabuku sini tentang tips yang boleh kita amalkan sebagai husben n wife supaya rumah tangga lebey harmoni dan bahagia...insyaAllah....


TIPS-TIPS ROMANTIK YANG PERLU DIAMALKAN OLEH SUAMI DAN ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
Love
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!



*tersenyum sendirian pabila membaca tip-tips ini....semoga amalan ini akan mengertkan kasih sayang antara kita suami isteri dan mambaw kebhgian di dalam berumah tangga...insyaAllah...amin...

Friday, December 9, 2011

::Keindahan malam~~



Assalamualaikum....di saat si kecik ku sedang tido di sebelah, aku????wat pe???just nak share pasal gerhana bulan yang akan berlaku pada 10 disember 2011...aku dapat ni dari harian metro online....just wanna share the info...almaklum la...lame dah tinggal kan subjek sains ni...hehe....jom same same baca....


Gerhana Bulan Penuh Sabtu ini-10 Disember 2011





Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.



Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.


Same same la kite meningkatkan ketakwaan kite pada Allah yang maha esa di atas kejadian ini....insyaAllah
dan juga same same la kite melakukan solat sunat gerhana bulan tanda mensyukuri nikmat kurniaannya ini....

Friday, November 18, 2011

It's Back....

Assalamualaikum
Hye sume....lame tak baca pe yg dingomel dlm ni ek...hehe
Yahuuuu.....maka esok bermula la aktivit sepanjang masa bersama anak kecikku yang sangat mengada ngada skang ni....hehe
It's S.C.H.O.O.L.H.O.L.I.D.A.Y.S.....
Dah lame gasenye tak berehat panjang ni....hehe...*padahal ade je cuti yang seminggu due tu ek...saje nak ngada  ngada...ngeh ngeh ngeh*
Planning cuti skola ni...nak lik penang jap jengah mak mertua...pastu lik C.L.U.E.W.A.N.G for the whole holidays...yahoooo......
Sok plak nak g seremban....pakcik ku yang sebaya dengan ku akan menamatkan zaman bujang nya plak....tahniah pakcik amer...hehe
so planning utk sok...akan ke KOta astana raja dulu- umah perantin lelaki.....sebab ade kenduri doa selamat...so dlm ptg akan gerak g seremban umah  kazenku...lepak umah die dulu...mandi mandi tukar tukar baju....pas maghrib ru g umah perantin pompuan untuk akad nikah....fuhhhh!!!lotih mak....hehe

Dengan adanye entri kali ni diharapkan *aku ler ni...hehe* akan lebih cargas utk menghapdatekan belog kesayanganku ni...

That's all for now...luv u ols....
i loikeeee school holidays...yippeeee


tatatititutu


Thursday, November 3, 2011

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal

Assalamualaikum.....

Entri kali ni just sebagai simpanan dan nak berkongsi info je...dapat ni dr facebook yang di share dr member...sesame kite mendapat menfaat dan kebaikan dalam mendidik anak-anak kite...


1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya 

Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud 

akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih 

menyusu,hembus pada susu



6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari 

surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki

kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.


7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 

yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu,

dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"


9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa   

dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru 

hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam

apa yang kita lafazkan.


10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan

 juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada

 isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan

 jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.


11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang

 yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.


Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh 

sebanyak 10 kali dan diikuti doa


2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga

surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24


4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

~~Selamat beramal~~

tatatititutu

Wednesday, November 2, 2011

Turn to 16m....

Assalamualaikum....

wahhhhhhh....lamenye tak bercht chet dlam belog terchenta ni....!!!ngeh ngeh ngeh

ader tak owang windu???*pasan sendiri je...hehe**

entry kali ni just nak share cite pasal H.E.R.O kecik ku yang sorang ni...

He turns to 16 months @ 1 year 4 months today....yahuuuu....

Dah beso dah anak mummy ni ek...Dah pandai:
::Jalan ngan stabil
::Mengajuk orang
::Wat bunyi tiger...aummmmmm...*tiger sopan ye...hehe*
::panggil cat...*cit cit...sambil tangan macam nak panggil cat makan*
::ajuk baby nanes...
::bergurau senda
::gelak kuat...haha
::main cak cak....
::makan je kroje nye...
::buang sampah dalam plastik sampah
::paham cakap mummy n ayah
::denga cakap tapi pastu wat lik...gerammm....hehe
::tunjuk gigi 8 batang
::tadah tangan berdoa bile denga azan...alhamdulillah atas kurniaan-Nya
::berjoget bile denga lagu...wehuuu
::tunjuk peace satu jari bile nak bergambar...

Semoga anakku menjadi anak yang soleh, bijak pandai, taat pada perintah Allah, denga cakap mummy n ayah dan mendpat keberkatan dan rahmat dunia dan akhirat...amin





Hi!I'm 16 months old now...hehe

Wednesday, October 5, 2011

~Khasiat Surah Al-Khautsar~

Assalamualaikum...hye there...erm...lame sungguh rasenye tak cer cite dlm ni....so utk warmup kali ni...nak kongsi pasal khasiat Surah Al-khautsar. aku dapat ni pun dari dlam wall member kat muka buku...hehe...semoga kite sam sama dapat manfaat...insyaAllah....


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 





Semoga mendapat kebaikan daripada-Nya...

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.

Monday, August 29, 2011

Pom Pam Pooommmmm!!!!

Assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua pembaca blog "Kesah Kaseh Sayunk" ni
Dari jauh ku mohon kemaafaan andai ada terkasar tersilap dan tersalah bahasa sepanjang saya berblogging ni.
Segala yang buruk datang dari saya dan yang baik dari Allah yang Maha Esa

Semoga segala amalan kite di bulan ramadan diterima dan mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya...
...amin..

Dijemput datang ke rumah.


tatatititutu

salam aidilfitri


Sunday, August 21, 2011

Gerammmmmm!!!!!


*PERINGATAN: Entri ni hanya boleh dibaca untuk umur 18tahun ke atas sahaja. Bimbingan daripada ibubapa perlu semasa membaca entri ni (klu umur tak cecah 18tahun lagi tapi gatal gak nak baca ye...ngeh ngeh ngeh)

BUDUS....VONGOKS...MANGKUK HAYUN....SONGET....LEBAM....LEMBAB...BADAK....
SUMENYE KO BUDAK!!!!!!!!!

DAH LER LEMBAB...VONGOKS...PASTU TAK NAK DENGAR CAKAP...MEMANG LER KO AKU NAMPAK KECIK BESO KECIK BESO JE.....

AKU GERAMMMMMMMM!!!!!!!

*entri luah perasaan untuk hari ni k....klu pendam t leh jadik giler...ni salah satu langkah terbaek tak nak jadik giler....huhu...

tu je


nak legakan lagi hati ni...ni wajah pengubat duke lara...sangat rindu ini budak bile dah 2 hari bersama, pastu ari ni kena g skola plak...aishhhh!!!






tatatititutu


~..:YaBeDaBeDuuuuuuuu:..~

Assalamualaikum
Selamat petang sume.....
Phewwww!!!!...akhirnye....siap jugak biskut raye ku yang kedua.
Walaupun banyak rintangan yang mendatang *Ahmad Aqil Irsyad la tue....hihi*...aku tetap dapat jugak menyiapkan biskut raye yang kedua pada hari ini....huhu
Walaupun anakku memang sangattt "membantu"....die tetap behave...main ikut sukati die....jadik peneman aku kat dapur biarpun suke naw menyepahkan barang barang kat dapur...huh!!!
Ari ni wat biskut simple je....Cornflakes madu....biarpun biskut ni dh leh kate 'old skool'....tapi memang sedap dimakan dan jadik keutamaan aku bile tibe hari raye...hehe
Klu ikutkan hati yang malas, memang tak wat wat la kuih raye aku...tapi disebabkan tak nak suamiku t bising "barang dah beli...bile nak watnye?"...tak pun ayat lagi menyakitkan ati "barang tu tunggu ekspiyed baru nak wat kuih eh???"ermmm......

Semalam jugak aku gigihkan diri untuk memulakan aktiviti buat kuih raya. Walaupun aku mulekan aktiviti tu ngan sangat lambat dalam kul 9.30 malam, berjaya jugak abiskan buat biskut tu dlam kul 12.30mlm....*mujur coti skola ari ni...hehe*
Mak ko!!!!tengok ari ni dah wat biskut yang kedua tau...huhu....tapi wat yang simple simple je...

Actually, semalam suamiku pun teruja senonye nak tengok aku wat kuih raye...huhu. Hero ku sorang tu pun sangat teruja..teruja sangat denga bunyi mixer. Memule tu die takut sebab die fobia bunyi mesin rambut.
Knape?????
Huhu...ari tu first time bawak die g gunting rambut kat kedai...punye la takut sampai menangis tak kuar air mata pun...hehe...ni namenye budak dah pandai AUTA!!!!gerammm....
Last last, ayah die yang letih melayan sebab...bile amek die g depan...sat lagi datang liik ke dapur...bile mummy die bising,....ayah die amek lik die ke depan....cam tu la seterusne sampai dah tak tahan masuk kan die dalam walker...kuikuikui....cian die...
Semalan gak ayah die melayan die sampai tidokan die dlam buaian. Mujur tak mengamuk dan wat hal sangat. Senang gak ayah die tido kan die smlm sebab die dah terlampau penat.hehe...penangan kuar masuk dapur...

Ok la...nak g dapur nak sediakan ape yang patut utk buke pose ari ni.

jumpe lagi ek...selamat berpose....

tatatititutu

Friday, August 19, 2011

sampai jua...

Assalamualaikum
~hye there~
ERmmmm.......lame ek menyepi...hikhikhik...almaklummla bizi...hehe
*bizi ler sangat*
Nampaknye kite dah masuk sepuluh malam terakhir sebelum menyambut bulan Syawal 1432H.
Diharpkan kite semua mendapat kerahmatan dan keberkatan di malam malam ini kerana kite tidak tahu adakah kite akan berjumpe lagi ramadan akan datang....*Mode:insaf
Semoga segala amalan yang kite buat di bulan yang penuh barakah ini mendapat petunjuk dan hidayah daripada-Nya...insyaAllah

Lagi beberapa hari lagi kite akan menyambut hari raya...
Bagi aku dan family...sume dah siap
Baju kasut Ahmad aqil Irsyad sume dah siap...
Baju melayu die je Pak Su die dah janji nak belikan...*ingat ye Pak Su....
and raya tahun ni kami sefamily plan nak pakai baju kaler cekelat....
nampak cam menarik je kaler cekelat for tis year...ngeh ngeh ngeh
and insyaAllah aku, Shah and Aqil akan pulang beraya ke KLuang pada sabtu depan....mayb raya kedua akan bertolak ke Penang plak....insyaAllah
Kueh raya????ader yang aku beli and ade gak yang nak buat...*tapi tak terbuat buat lagi ni...hehe
tengok ler....bile ader ms terluang akan ku gagahi jugak utk membuatnye...

ok la buat ms ni

tatatititutu




Sunday, August 14, 2011

...Hari tuo....

Assalammualaikum
hye there

huh...ari ni dh 14 hari kite sambut bulan pose utk tahun 1432H..

Dan ari ni gak ler hari aku semakin bertambah umo...ngeh ngeh ngeh...

Tuo dah ke????hehe...tak la sgt...sket je tuo nye....*tak nak ngaku lagik ek...hehe

Sempena hari bertambah umo aku pada tahun ni...aku pun nak wish pada diri aku sendiri
*bole gitu...kira doakan utk diri sendiri la jugak k...*

~Semoga rezeki ku semakin murah mencurah curah...semoga hidup ku diberkati dan dirahmati oleh-Nya...semoga aku menjadi insan-Nya yang semakin mendekatkan diri pada-Nya....semoga aku menjadi isteri yang solehah dan mithali....semoga aku menjadi ibu yang baik pada anak-anak ku dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu...semoga aku dapat menjalankan tanggungajawabku sebagai guru pada anak-anak didik ku di sekolah....amin~

meh doakan sesame ek...semoga kite sume mendapat keberkatan dan kebaikan dari-Nya

tatatititutu

Sunday, August 7, 2011

Kerajinan yang melampau la pulak...

Assalamualaikum
~hye there~
Alhamdulillah ari ni sudah 7 hari ye kite sume umat islam berpose untuk tahun 1432H ni.
pejam celik pejam celik dah tujuh ari kite pose ek.
untuk ari ni,nak cite pasal lauk berbuke semalam.hehe


Rasanye ni la 1st n3 aku dalam penulisan blog ni ang berkaitan ngan masakan
ngeh ngeh ngeh
jakun la sket ni...hehe
pada yang dh ekspet dlm masakan ni baca je la ek....
n3 ni nak share share je pe yang aku wat semlm.


Ok la...smlm cam tergerak nak buat mutabarak*murtabak sendiri.hehe
sebab...ari sebelum tu g pasar kat bawah umah ni beli murtabak.
Tapi masyaAllah...inti die sket nye...
So kami decided nak wat sendiri la keesokan hari nye yang mane bersamaan ngan semlm la.


So cengini la ghupe nye sebelum dan selepas....


yang ni sebelum...
Cume campurkan hirisan bawang yang didadu, daging hancur n telo.
Letakkan garam secukup rase nye.
Pastu sapu kat roti gardenia depan n belakang.
pastu letak dalm kuali.Sebelum tu tuangkan sedikit sahaja minyak
Senang kan... Dan hasilnye....


~Murtabak roti~


Actually, tis is my first time wat ni...klu nak wat korang tambahkan serbuk perencah sup sket. Pasti lagi shedap.yummy.


So semalm disamping murtabak roti menjadi bahan sampingan, aku wat gak nasi ayam....tapi korang sume lagi ekspet kan...hehe....
Nak tengok ghupenye nasi ayam aku???
ni hah...


sangat sedappppp *suami pun puji...ngeh ngeh ngeh


Biarpun ayam tu nampak itam....tapi sangat marvelous tau...
Air plak kami wat air sirap bandung ais krim soda...Yang tu suami terchenta buatkan....


Ok la....takat ni je dulu ek....nak siapkan pe yang patut untuk berbuka ari ni nye plak....*ari ni masak laksa penang yummy...*


tatatititutu

Sunday, July 31, 2011

....????....

Assalamualaikum
hye there
Pose tak ari ni???hehe
erm...nampak gaya nye ari ni merupakan 1st pose kite untuk tahun 1432H.
Just nak express my feeling about tis year pose. 
Rase sedey sket la sebab tak dapat nak sambut pose di kampung kluang ngan sume family
pe nak buat...dh hubby ku tak de cuti sabtu ahad...die kena gak simpan cuti untuk raya t...tu pun tak tau ler approve ke idok...haishhhhh!!!
Pape pun 1st sahur pagi tadi berjalan ngan lancar walaupun hanya kami berdua sahaja...alhamdulillah...cume keseronokan bersahur beramai-ramai tak dapat nak dirasa seperti tahun tahun sebelum ni.
almaklumla, i ni dari family yang beso la jugak....hehe...
seronok ader family yang beso ni....perasaan nak berebut rebut makanan sangat indah...hehe
tul tak???
pasal si budak kecik kat umah ni plak...alhamdulillah tak kaco mummy ngan ayah die sahur pagi tadi...cume kaco pas kiteorang dh makan...
leh plak die bangun pepagi tadi main-main ngan pemenan die...arghhhhh!!!!*mummy sangat mengantuk!!!
mujur tdo semula...tu pun dlam kul 7...lebey kurang sejam gak la die berjaga bermain...siap 'berkemas" lagi....arghhhh!!!!

ok la....nak pk n nak prepare pe yang patut dulu la utk buke hari ini...

SELAMAT BERBUKE...

tatatititutu

*sedey ni sebeno nye...sob sob sob...tapi tak leh nanes sebab t batal pose...agagagagagaga....


~~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~~

Assalamualaikum

~hye there~

Just wanna wish all of the muslim

"HappY Ramadhan"

Hope all of us will be blessed with rahmat and Hidayah 

Semoga kite semua menyambut dan menghayati ramadhan kali ini dengan penuh keikhlasan dan kesabaran

Ampun dan Maaf dipinta pada semua

Sama-sama lah kita mempertingkatkan ketakwaan kita pada yang Maha Esa

amin

Saturday, July 23, 2011

::On His Day...16th July 2011::

Assalamualaikum...hye there...erm...ari ni baru berkesempatan nak menulis pasal besday celebration ahmad aqil irsyad....sementara budak kecik tu titon...hehe...celebration tu wat kecik kecik je...jemput sedara mara terdekat je.wat pun kat umah kluang.tu yang tak jemput kengkawan aqil kat pulau ni.jgn mare ek orang orang selangor...hehe.Majlis ni pun dibuat lambat 14 hari dr besday aqil...hehe...nape lambat???sebab mmg nak wat kat kluang ye...ramai sket...hehe


Cite pade mase tu....petang tu kiteorang sume dh sedia ngan belon belon. kemian sonok tul abg apiq, abg fawaz, kak anis aqil meniup belon.*sebeno nye dieorg nyebok je...org len yg tiup belon*.hehe.dah tiup belon tu gantung la kat tiang tiang yang ader...Hasil nye.....tarataraaaaaaa.....


simple dimple je...hehe

aksi-aksi sebelum majlis mule....
*gambo last tu...anis aqeela nak pakaikan tok nyang die topi tu ye.huhu

Then, majlis stat dalam pas maghrib la....makan pe?????makan pun bese je....disebabkan dh lame tak makan sate*br 2 3 bulan je tak makan*hehe....so, tok nyang aqil belanje la sate kat kluang baru tu...Terbaekkkk!!!!

~Ini bukan sate kajang...tapi sate kluang baru...mari...mari...mari...~

Nak cite pasal kek Aqil Irsyad plak ni...hehe...kek aqil di sponsor oleh Mak Bie...tengkiu ye Mak Bie...so Shedapppp the cake.Mantopppp!!!

The 1 means 1 Year old now...Alhamdulillah...

Ok la...kat bawah ni,pic sepanjang majlis....the pictures tell everything...so...enjoyssss....

*budak kecik yang comel kat gmbar first tu gambo anak sepupu aku~zarul hisyam a.k.a tembam...comelkan???*



potong cake time...

fuhhh...fuhhh....

~~makan time....~~

~~kutip belon time~~

Cherite dan gambar hanya sekadar mahu berkongsi bersama pembaca yang lain.Hope enjoy...Doakan yang terbaik untuk anak kami~Ahmad Aqil Irsyad Bin Mazlishah~...amin....


tatatititutu



Monday, July 11, 2011

::Titik Hitam Bagi si Dia::

Assalamualaikum...hye there....pepagi tadi sesudah selesai perhimpunan pagi isnin di sekolah...GB memanggil semua guru utk menyampaikan beberapa amanat dan pesanan....seperti kebiasaan la setiap pagi isnin selepas perhimpunan pagi. Amanat dan pesanan disampaikan oleh GB setelah die menghadiri beberapa kursus pada minggu sebelumnye...almaklum la, Gb aku ni bz je memanjang....namenya Gb kan????ahaks....


Ok la nak dijadikan cerita pagi tadi,tetiba Gb suh kami semua berdoa agar salah sorang dari kawan guru kami terselamat dan tidak dikenakan tindakan. Tindakan ape????dalam pikiran beberapa orang guru berpikir sebab tak tahu lagi mengenai kejadian di petang khamis minggu lalu....korang pun mesti tertanya-tanya kan kejadian pe ni....jeng jeng jeng.....


.....








...




..




.




Kejadiannya yang aku denga cengini....ade sorang kawan satu sekolah aku ni die tengah jalan nak g toilet guru lelaki yang mane sekolah tu bersebelahan ngan kelas tahun 2 ni....tetiba mase dalam perjalanan g toilet tu, die ternampak ader sorang budak laki ni tengah angkat kerusi nak baling kusi tu kat kawan kelas die....guru tersebut ambil tindakan memarahi budak tersebut....


Mesti korang cakap, alah setakat marah je ape de kes?????hehe....bukan begitu ye....die ade jugak menampar kedua due budak yang bergaduh tadi.. tapi salah seorang budak yang di tampar tu terkuat agaknya....ade gak sumber guru lain cakap ader nampak kesan bekas tapak tangan kat muke salah sorang budak yang die tampar tu.


Dan nak dijadikan cerita, budak yang die tampar tu, mak nye dokter gigi. bapaknye pulak polis yang berpangkat la jugak. sekarang bapaknye tu ader kat america. mayb berkursus la agaknya...huhu....tetiba petang jumaat yang lalu, datang mak budak tu ngan budak tu kat sekolah. Yang lebig mendebarkan semua warga sekolah pada mase tu ialah.......jeng jeng jeng.....


.....








...








..










mak budak tu datang bersama polis yang mengikut sumber polis tu jugak ader banyak paku la kat baju die...means poilis tu berpangkat tinggi la jugak...tapi bukan bapak budak tu tau....sebab sedia maklum bapak die kat America ye....so, mak die datang ngan budak n polis tu terus g opis sekolah n jumpe ngan GB....guru tersebut jugak dipanggil sekali...agak lama jugakla mereka di dalam tu.....Mak budak tersebut menyatakan laporan dokter ade mengatakan ade gegaran di gegendang telinga anaknya.


So, pagi tadi yang GB mintak kami sume berdoa agar guru tersebut tidak dikenakan tindakan undang-undang. kerana mak budak tersebut berniat untuk mengambil tindakan terhadap guru tersebut sekiranya gegaran tersebut mendatangkan kecacatan kekal dalam diri anaknya. 


Pagi tadi jugak, guru tersebut dikehendaki datang sendiri ke balai polis berhampiran untuk dibuat siasatan lanjut mengenai perkara tersebut. Gb juga diberitahu, pihak polis tidak mahu menjatuhkan air muka guru tersebut jika "black Maria"(kete polis) datang ke sekolah. Jadinye pihak polis meminta guru terbabit yang pergi sendiri ke balai.Dan mase aku nak balik tadi, nampak jugak la muke guru tersebut. yang tu tak tahu cite gano plak.hehe.


Jika guru ni didapati bersalah, beliau boleh digantung kerja. Itula masalahnya sebab guru ini sudah berkahwin dan mempunyai anak ( tak sure berapa orang sebab ni pun guru baru berpindah ). Dan nasib tidak menyebelahi beliau d dalam halini kerana guru ini sudah lama mengajar. dan sepanjang-panjangbeliau di sekolah lama tidak ade ape yang berlaku sehinggala beliau ditukarkan ke sekolah ini. Memang aku cukup kasihankan pada family die jika berlaku sesuatu pada beliau. Memang menginsafi kejadian ini pada diri aku yang baru setahun jagung dalam bidang mendidik ini. 


" Ya Allah, ya tuhanku....lindungi la rakan ku ini serta kau lindungi la diri ku dari kejadian yang tidak diingini berlaku dan jangan la kau memberi aku mengulangi kejadian seperti ini lagi...." 
amin ya rabbal 'alamin

Kepada guru berkenan, diharapkan tabah dan banyakkan berdoa agar dilembutkan hati ibu bapa pelajar tersebut agar tidak di ambil tindakan yang berat. kite klu marah ape pun leh terjadi...jadi, sabarkan hati.....kerana sabar iu kunci kejayaan....

Saturday, July 9, 2011

Setahun dah dia...::Ahmad Aqil Irsyad Bin Mazlishah::

Assalamualaikum...hye there...syukur alhamdulillah dapat gak aku nak masukkan entry pasal budak yang dah masuk setahun ni....walaupun lambat aku tetap gembira sebab dapat gak mencoretkan kisah budak yang bernama Ahmad Aqil Irsyad Bin Mazlishah ini yang kini dah pun setahun umur nya....


Pejam celik pejam celik,,,,serta masa yang berlalu dengan begitu pantas tanpa menoleh kebelakang...semakin besar die....semakin banyak keletah nye....semakin banyak perangai die....semakin banyak akal die....itu la die anakku Ahmad Aqil Irsayd....dalam usia nye yang setahun ni banyak dah perubahan yang mummy lihat pada Aqil nak....semakin banyak mulut....gigi pun dah tumbuh 4 batang...yahoooo!!!!*p.s: pasni leh main gigit gigit ek....hehe*


Perangainya plak semakin mencabar kesabaranku....sudah pandai marah bile bende yang disukai dirampas....pandai menangis bile dimarah sampai bercucuran air mata *sayu ati mummy*, mummy tak leh ilang dimata....klu ilang akan menjerit la die...klu tak nmpk juga akan menangis mengada ngada la die.....hehe


Aqil mummy nie memang semakin manja ngan ayah ngan mummy...tapi akan terlebih manja ngan ayah bile ayah ader kat umah...tak kisah ngan mummy sangat....tapi bile mummy pakai tudung...ermmmm...die la yang paling laju nak panjat berdiri pegang kaki...means..."Aqil nak itot mummy!!!"....hihi....ngan ayah die pun same...pantang ayah die pakai stokin n helmet....tau dah ayah die nak kuar...same action dia wat kat mummy...akan panjat berdiri pegang kaki ayah...suh dukung..."Aqil nk itot ayah!!!"...huhu..


Budak kecik yang berumur setahun ni jugak suke makan....tapi badan tak naik sangat...sebab klu makan nasik, suapan yang kesebelas akan diluahkan semula.hehe...tapi klu mummy n ayah makan...akan menyibukla die nak makan jugak pe yang kiteorang makan. huhu


Dalam mase setahun ni jugak, dah pandai nak dengar lagu....so...ayah die terpaksa melayan dengan bagi hp ayah kat die n bukak kan lagu yang die suke...lagu pe?????


....




....




....






lagu justin bieber tu...jgn main-main...wakakakak.....sebab pe????


.....




...




..




sebab lagu tu rancak n die suke berjoget...


pastu, pantang dengar lagu kat mane mana tempat...maka akan digerakkan la vontot die yang gebu ngan diapers tu...hehe...even mase pegi econsave mase mummy nak beli barang dapur,troli budak econsave tu pun bunyi maka bergerakla vonto die yang gebu itu....sungguh kelaka mase tu....pantang dengar mende berbunyi....hehe


Itulah dia anakku....the percious gift from Allah to both of us...Ahmad Aqil Irsyad...Alhamdulillah....doa mummy dan ayah pada Aqil....


"Semoga menjadi anak yang soleh, beriman, taat pada perintah tuhan serta ibubapa, semoga menjadi anak yang baik, dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh yang baik.....semoga kehidupan mu sempurna dan semoga menjadi orang yang berguna pada bangsa, agama dan negara....nak"
amin

Besday celebration Aqil tak dapat nak buat on his date coz mummy kena g skola disebabkan ader program larian 1 murid 1 sukan 1 mesia....Aqil pun itot sekali....agak muke ketat sket sebab kena bangun pagi...ngeh ngeh ngeh...

 ngan murid kelas mummy


ngan kengkawan mummy


InsyaAllah...besday celebration aqil akan dibuat on 16th July kat Kluang....t akan update k pasal celebration tu...huhu...tapi tak wat beso besoran la...just family gathering je....hehe...kat bawah ni version muke Aqil dr new born smpi la ke umur setahun...enjoyyyyy!!!!


Aqil: makin hensem tak shaye????hehe


that's all...tatatititutu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...