RESEPI SATA
Ikan kembung(ikan selayang boleh, ikan mata uji rashid pun boleh,ikan tamban pun boleh)
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Kelapa muda dalam setengah biji
Lada hitam ditumbuk halus
Cili padi ditumbuk halus..kalau suka cincang pun boleh..
Lada merah/cili kering ditumbuk
Bawang besar dalam 4 biji di tumbuk atau dicincang pun boleh.
Daun kadok dicincang halus atau daun kesum pun boleh.
CARA-CARANYA
Kisar atau tumbuk isi ikan tersebut sehingga lumat.
Kemudian gaul kesemua bahan-bahan diatas bersama isi ikan sehingga menjadi sebati.
Masukkan bahan-bahan yang telah sebati itu tadi ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dilayur oleh api
Sata yang telah dimuatkan di dalam kelongsongnya akan dicucuk pada belahan buluh lurus sebanyak 5 atau 6 biji kelongsong setiap satu (bergantung kepada kehendak).
Akhir sekali, sata akan dipanggang atau dibakar di atas bara arang sehinggalah masak.
Sata boleh dimakan begitu sahaja, ataupun boleh dimakan bersama-sama dengan nasi...
...Selamat menjamu selera...
...tatatititutu...
No comments:
Post a Comment